Nonton Film Streaming Movie Abang Long Fadil 2 ( 2017 )

Nonton Online Abang Long Fadil 2 ( 2017 )

Ternyata sekuel Abang Long Fadil 2 (2017) hasil kesinambungan filem Abang Long Fadil beberapa tahun lepas ini adalah hasil buah tangan yang terbaik dari Syafiq Yusof . Ia berkonsepkan aksi dan komedi agar penonton tidak bosan dan ingin menonton Abang Long Fadil 2 sehingga ke akhir tayangan . Lakonan Zizan Razak sebagai Fadil yang amat bersahaja memberi kesan yang mendalam di dalam setiap adegan .

Percubaan lakonan Wak Doyok pula amat memberangsangkan digandingkan pula dengan A. Galak sebagai anak dan bapa . Mereka berdua mempunyai personaliti yang berbeza namun mempunyai ” Trademark ” misai yang hampir sama . Ia adalah salah satu percubaan yang membuahkan hasil dari pengarah filem ini .

Di dalam babak Fadil melepasi halangan pihak polis apabila disyaki membunuh seorang wanita di hotel amat menarik sekali . Babak- babak berlawan dengan anggota polis keihatan seperti sebuah filem aksi yang bermutu tinggi .

Garapan pengarah filem ini dengan menyelitkan elemen komedi dan serius memang kena dengan pelbagai situasi dan aksi menarik sepanjang tayangan filem Abang Long Fadil 2 . Ia diteliti dengan kemas di samping menyelitkan plot-plot yang menarik. Saya memberikan filem ini 5 bintang .


1h 35min | Action, Comedy | 24 August 2017 (Malaysia)

Sipnosis Abang Long Fadil 2 ( 2017 )

Abang Long Fadil 2 mengisahkan perjalanan hidup Fadil , yang terjerumus ke dalam dunia mafia , didalangi oleh Taji Samprit dan anaknya Wak Doyok. Berlaku satu insiden di sebuah hotel yang menyebabkan Fadil disalah anggap oleh Inspektor Wahab dan Inspektor Shuib sebagai pembunuh upahan yang dikenali sebagai Tiger . Selepas insiden pembunuhan seorang wanita di hotel , Fadil telah diberkas oleh pasukan polis yang diketuai oleh Inspektor Wahab dan Inspektor Shuib sendiri .

Dalam pada masa yang sama , Yana dan rakan sejawatnya Ali , merupakan wartawan dari TVKL yang sering membuat liputan kes-kes pembunuhan yang dilakukan oleh Tiger. Sampai satu tahap dimana orang ramai mengatakan Fadil itu tiger.

Fadil terpaksa menjadi pembunuh upahan Taji Samprit dan Wak Doyok untuk membersihkan namanya . Fadil juga terpaksa menghadapi situasi yang lebih sukar apabila Wak Doyok memberi tugasan supaya membunuh ayahnya iaitu Taji Samprit . Pelbagai hadiah dan habuan mewah telah diberikan kepada fadil seperti apartmen mewah , senjata canggih dan juga wang tunai .

Apa yang lebih merungsingkan lagi Fadil ialah apabila Taji Samprit pula menyruhnya membunuh Wak Doyok . Pelbagai aksi dan situasi komedi berlaku dalam perjalanan hidup Fadil sebagai seorang pembunuh upahan . Hanya satu cara untuk membersihkan nama Fadil , iaitu mencari identiti sebenar Tiger iaitu Achey Bocey yang memegang watak wartawan bagi membetulkan keadaan dan membuktikan Fadil tidak bersalah . Siapakah Tiger ?


  • »Director: Syafiq Yusof
  • »Writer: Syafiq Yusof
  • »Stars: Zizan Razak, Wak Doyok, A. Galak

Baca Juga : Nonton Film Streaming Movie Voldemort Origins Of The Heir (2018)

Baca Juga : Nonton Film Streaming Movie Nail ( 2017 )

 

Ayo Daftar Dan Pasang Angka Jitu Kalian Sekarang

Cash Back 2% Untuk Semua Pasaran Setiap Minggunya

Di sini.jpg

Source

zvr
Bagaimana Reaksimu ?

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.